Thursday, January 27, 2011

Pra Sekolah SKLKB





PERANAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah berperanan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

RASIONAL
Pendidikan Prasekolah adalah satu program untuk membantu kanak-kanak daripada
keluarga miskin mendapat pendidikan awal. Oleh yang demikian, pendidikan awal
kanak-kanak yang berkualiti dan terselaras adalah penting bagi perkembangan
kanak-kanak secara menyeluruh dan merupakan salah satu strategi awal untuk
sumber manusia yang lebih kreatif, berdisiplin dan produktif
untuk mengisi kehendak wawasan 2020.

OBJEKTIF

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid :-

1.Mempunyai sifat peribadi, pewatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warga yang patriotik.
2.Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berkomunikasi.
3.Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
4.Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
5.Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
6.Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
7.Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan-amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
8.Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
9.Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kedua.

No comments:

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...