SEJARAH SEKOLAH



PENGASAS SEKOLAH

          Mereka yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini pada peringkat permulaan terdiri daripada 4 orang jawatankuasa bertindak iaitu :-

  • En. Mohd Yunus Bin Mohd Aris           ( Pengurus Ladang Kota Bahagia )
  • En. Abdul Rahman Bin Sentul              ( Wakil Penduduk Kota Bahagia )
  • Tn. Haji Yusof Bin Said PJK                 ( Ketua Kampung Lubuk Batu )
  • En. Salleh Bin Musa                              ( Wakil Penduduk Kg. Lubuk Batu )

         Di antara mereka, En. Abdul Rahman Bin Sentul adalah penggerak utama penubuhan sekolah ini dan telah mencurahkan bakti terhadap kemajuan sekolah ini.


BIODATA

Nama Penuh                  :           En. Abdul Rahman Bin Sentul
No. K/P                         :           0037009
Tarikh Lahir                  :           13.06.1932
Tempat Lahir                 :           Batu Pahat, Johor
Pendidikan Awal           :           Sek. Rendah Senggarang
Tahap Pendidikan          :          Tamat Darjah 4 Sek. Rendah dan Sek. Agama
  Senggarang pada tahun 1948.

      Beliau seterusnya mendalami Pelajaran Agama melalui beberapa orang Tuan Guru di Negeri Johor Darul Takzim. Setelah tamat alam persekolahan, beliau melakukan pekerjaan kampung bagi menyara kehidupan. Beliau merupakan seorang yang aktif di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kampung. 

         Pada bulan Mei 1974 beliau sekeluarga telah berhijrah ke Ladang Kota Bahagia dan memulakan kehidupan baru berkhidmat sebagai pemandu kepada majikan Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji.

      Pada Tahun 1987, tempoh perkhidmatan beliau telah tamat. Namun begitu beliau terus berkhidmat di bawah Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji sebagai Pemborong Pengangkutan. Beliau menjadi Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah mulai tahun 1975 dan telah menubuhkan PIBG pada tahun 1980.

           Sepanjang penglibatannya di sekolah ini, beliau banyak menyumbangkan buah fikiran, tenaga, wang ringgit serta mengatasi masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa dalam usaha memajukan sekolah ini. Beliau adalah seorang yang sangat berpengaruh dan menjadi Imam kepada penduduk Ladang Kota Bahagia mulai tahun 1975 sehinggalah akhir hayat beliau. Beliau telah meninggal dunia pada beberapa tahun lepas.Semoga roh beliau dicucuri rahmat..

Al-Fatihah…


SEJARAH SEKOLAH



         Pada peringkat awalnya, Kota Bahagia dikenali sebagai Bandar 14. Ia adalah kawasan hutan yang tidak didiami. Ia dikelilingi oleh beberapa buah kampung tradisional seperti Kampung Alai, Kampung Meripoh, Kampung Samak dan Kampung Lubuk Batu yang mana didiami oleh beberapa keluarga sahaja.
        
       Kemudahan asas seperti api, air, jalanraya dan sekolah dan sebagainya masih ketinggalan. Lazimnya kanak - kanak yang hendak bersekolah terpaksa pergi ke Sekolah Kebangsaan Kampung Aur, Bukit Ibam yang terletak kira-kira 40km dari Kota Bahagia.

       Perbadanan Ladang Tabung Haji membuka ladang kelapa sawit disini dan membawa masuk ramai pekerja dari luar. Oleh kerana anak-anak pekerja ladang memerlukan pendidikan sementara sekolah yang ada jaraknya terlalu jauh. Perbadanan Ladang Tabung Haji telah memohon kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk mendirikan sebuah sekolah di Kota Bahagia, dimana pihak Perbadanan bersetuju menyediakan bilik darjah dang kelengkapan yang lain.


        Sekolah ini dengan rasminya dibuka pada 01 Januari 1975. Pada peringkat awalnya, hanya 2 buah bangunan yang berdinding papan dan beratap zink telah dibina oleh Perbadanan Ladang Tabung Haji. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar 14. Jumlah pelajar pada waktu itu seramai 40 orang dengan 4 orang tenaga pengajar. Dari setahun ke setahun, bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 213 orang dengan 10 orang tenaga pengajar.


         Pada tahun 1980 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah membina bangunan baru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Pelajarnya datang dari Ladang Kota Bahagia serta kampong tradisional di sekitar ladang ini iaitu Kampung Merepoh, Kampung Lubok Batu dan Kampung Tenggalong. Pada tahun 1983 bilangan pelajarnya seramai 356 orang, 16 orang guru dan 2 orang pekerja.


       Antara individu yang bertanggungjawab  menubuhkan sekolah ini pada peringkat permulaan terdiri daripada 4 orang jawatankuasa bertindak iaitu:


  • En Mohd Yunus bin Mohd Aris    -           Pengurus Ladang Kota Bahagia
  • En Abdul Rahman bin Sentul       -           Wakil Penduduk Kota Bahagia
  • Tn Haji Yusof  bin Said, PJK.       -           Ketua Kampong Lubuk Batu
  • En Salleh bin Musa                       -           Wakil Penduduk Kg Lubuk Batu

Pada 01 Mac 1985 sekolah ini diisytiharkan dengan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, Pahang Tenggara.

Senarai nama Guru Besar yang pernah berkhidmat di SK Ladang Kota Bahagia:

i.              Ahmad Razali bin Jambul                         1975
ii.            Abd Latif bin Andak                                   1979
iii.           Mohd Sood  bin  Abd Ghani                      1981
iv.           Abd Hamid bin Ismail                                1984
v.            Abd Rahman  bin  Kemat                           1987
vi.           Leman  bin  Hassan                                   1995
vii.          Mohd Karim  bin  Basiran                        1998
viii.        Hjh Fauziah  bt  Hj Samsudin                   2002
ix.           Mohd Nor  bin Abu Bakar                        2004
x.            Shahrin  bin  Abd Manan                         2005
xi.           Abdul Jalil Bin Abd Aziz                          2008
xii.          Mohd Rahimi Bin Ibrahim                      2009
xiii.        Ahmad Fuad Bin Abdul Malek                2012

En. Zolkipli Bin Hasan

xiv.        Zolkipli Bin Hasan                                    2014
En. Khairudin Bin Md Nor

xv.          Khairudin Bin Md Nor                            2016







No comments:

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...