Tuesday, September 20, 2011

SPPICTS Datang Lagi.....



Seperti biasa selaku Guru Penyelaras ICT,kena la isi SPPICTS.....lega rasa da siap semuanya....

Sunday, September 18, 2011

UPSR 2011


Semoga murid-murid tahun 6 SK. Ladang Kota Bahagia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan UPSR....Good Luck...5 A....

Salam Aidilfitri



Selamat Hari Raya diucapkan kepada seluruh warga SK. Ladang Kota Bahagia...Majulah SKLKB selamanya.....

Sunday, September 11, 2011

Ihya Ramadhan : Majlis Khatam Quran & Berbuka Puasa







Majlis Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa ini adalah program yang terakhir untuk bulan Ramadhan 1432h..Semoga bertemu lagi di Ramadhan akan datang..

Ihya Ramadhan : Sambutan Nuzul Al-Quran

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.


Ihya Ramadhan: Program di Tapak Perhimpunan



Ihya Ramadhan : Tadarus Al-quran

Al-Quran yang merupakan kitab Allah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w menjadi kitab suci dan pedoman serta hidayat kepada umat Islam yang mengambilnya. Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, umat Islam digalakkan membaca, tadabbur, mengkaji dan mengamali al-Quran.




Sambutan Peristiwa Isra dan Mikraj





PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Kem Bestari Solat SKLKB








Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

2. OBJEKTIF

2.1 Murid dapat mengambil wuduk dengan sempurna.

2.2 Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardu dengan betul.

2.3 Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat betul dan lancar.

2.4 Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna samaada secara bersendirian atau berjamaah.

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...