Wednesday, March 20, 2019

SUKAN TAHUNAN LAKOBA 2019



PENDAHULUAN
Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. 
          Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhankanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka SK Ladang Kota Bahagia telah mengadakan satu acara sukan tahunan iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid SK Ladang Kota Bahagia sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

RASIONAL
Rasional Kejohanan Olahraga Tahunan ini diadakan adalah seperti berikut :
1. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid SK Ladang Kota Bahagia dalam
menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga
2. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara-acara olahraga.
3. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
4. Memupuk semangat berjuang dalam sukan yang kental, menyemai sifat-sifat terpuji dalam diri pelajar, membina
daya kepimpinan dalam berpasukan serta memperkasa sahsiah modal insan yang cemerlang melalui aktiviti
kokurikulum yang disertai.

3.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Sukan Olahraga Tahunan ini, diharapkan guru-guru dapat:
1. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.
2. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba mengejar kejayaan
3. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
4. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.
5. Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada peringkat yang lebih tinggi.


TARIKH
Hari pertama (Acara awal) :
Hari kedua (Acara awal) :
Hari ketiga :

TEMPAT
Padang SK Ladang Kota Bahagia




















Aktivi / Program : Pelancaran Program Nilam
Tarikh : 18 Feb 2019
Hari : Isnin
Tempat : Tapak Perhimpunan Sk Ldg Kota Bahagia







NILAM?...

Tahukah Anda PROGRAM NILAM?

1. Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah?
Program galakan membaca yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM yang telah mula dilaksanakan pada tahun 1999. Pelaksanaan Program NILAM ini dimulakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Program ini dilaksanakan bermula dengan Tahun Satu bagi sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan bagi sekolah menengah dan rekod pembacaan murid-murid ini diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
2. Apakah itu Program NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
3. Apakah rasional Program NILAM dilaksanakan?
Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama dalam membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah-sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berkesan.
4. Apakah matlamat Program NILAM?
Matlamat Program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca dalam kalangan murid.
5. Apakah objektif Program NILAM?
• Menjadikan murid banyak membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini
6. Apakah komponen yang terdapat dalam Program NILAM?
• Membaca dan merekod bahan bacaan
Murid perlu membaca buku yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka dan mencatat maklumat pengarang, judul, bilangan mukasurat, penerbit dan sinopsis atau peta minda tentang buku yang dibaca ke dalam buku rekod.
• Mengesahkan rekod dan mengumpul data
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru di kawasan sekolah tersebut untuk dipanjangkan ke Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Memberi Pengiktirafan dan Ganjaran
Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pelajaran juga perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan murid dan sijil berhenti.
7. Apakah tahap yang terdapat dalam program NILAM?
Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
8. Apakah yang dimaksudkan dengan TAHAP JAUHARI?
TAHAP JAUHARI
Tahap Jauhari menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka dan ia dijalankan pada dua peringkat persekolahan :
a. Sekolah Rendah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
Jumlah Buku Pengiktirafan
90 – 179 Gangsa
180 – 269 Perak
270 – 359 Emas
360 ke atas NILAM
b. Sekolah Menengah
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku apabila mereka mula belajar di Tingkatan Satu atau Peralihan. Mereka perlu berusaha untuk mencapai tahap pembacaan seperti berikut:
Jumlah Buku Pengiktirafan
72 – 143 Gangsa
144 – 215 Perak
216 – 287 Emas
288 ke atas NILAM
9. Apakah yang dimaksudkan dengan TAHAP RAKAN PEMBACA?
Tahap RAKAN PEMBACA (RP) mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Walau bagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
Pengiraan markah bagi aktiviti ini diberikan mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti (dan bukan jumlah bilangan pendengar, kecuali aktiviti meminjamkan buku) yang dijalankan mengikut kesesuaian umur murid seperti :
– Bercerita (1 sesi = 5 markah)
– Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
– Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
– Meminjamkan buku (1buku x 5 peminjam = 5 markah)
• Murid pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem Ganjaran RP :
Jumlah markah aktiviti Pengiktirafan
100 – 199 Gangsa
200– 299 Perak
300 – 399 Emas
400 ke atas NILAM
10. Bagaimanakah pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan dilakukan?
Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan dilakukan bersempena dengan Anugerah NILAM Kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak tahun 2003 hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun yang sama. Calon-calon dari 4 kategori iaitu calon Sekolah Rendah Luar Bandar, Sekolah Rendah Bandar, Sekolah Menengah Luar Bandar dan Sekolah Menengah Bandar akan dinilai untuk memilih pemenang mengikut kategori dan juga Tokoh NILAM Sekolah Rendah serta Tokoh NILAM Sekolah Menengah di kalangan pemenang kategori tersebut.
Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang 2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju.

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...