Sunday, January 30, 2011

Adakah anda tahu tentang sejarah sekolah?





SEJARAH SEKOLAH

Pada peringkat awalnya, Kota Bahagia yang dikenali sebagai Bandar 14, adalah kawasan hutan yang tidak didiami orang dan hanya terdapat beberapa buah kampong tradisional seperti Kampung Alai, Kampung Meripoh, Kampung Samak dan Kampung Lubuk Batu yang didiami oleh beberapa keluarga sahaja.

Kemudahan asas seperti api, air, jalanraya, sekolah dan sebagainya tidak ada. Kanak-kanak yang hendak bersekolah terpaksa pergi ke Sekolah Kebangsaan Kampung Aur, Bukit Ibam yang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bahagia.

Perbadanan Ladang Tabung Haji membuka ladang kelapa sawit di sini dan membawa masuk ramai pekerja-pekerja dari luar. Oleh kerana anak-anak pekerja ladang memerlukan pendidikan sementara sekolah yang ada jaraknya terlalu jauh, Perbadanan Ladang Tabung Haji telah memohon kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk mendirikan sebuah sekolah di Kota Bahagia, di mana pihak Perbadanan bersetuju menyediakan bilik darjah dan kelengkapan yang lain.

Sekolah ini telah dibuka pada 01 Januari 1975. Pada peringkat awal 2 buah bangunan yang berdinding papan dan beratap zink telah dibina oleh Perbadanan Ladang Tabung Haji. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar 14. Jumlah pelajar pada waktu itu seramai 40 orang dengan 4 orang tenaga pengajar. Dari setahun ke setahun bilangan pelajarnya telah meningkat dan pada tahun 1978 bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 213 orang dengan 10 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1980 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah membina bangunan baru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Pelajarnya datang dari Ladang Kota Bahagia serta kampong tradisional di sekitar ladang ini iaitu Kampung Merepoh, Kampung Lubok Batu dan Kampung Tenggalong. Pada tahun 1983 bilangan pelajarnya seramai 356 orang, 16 orang guru dan 2 orang pekerja.

Mereka yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini pada peringkat permulaan, terdiri daripada 4 orang jawatankuasa bertindak iaitu:
-. En Mohd Yunus bin Mohd Aris -Pengurus Ladang Kota Bahagia
.- En Abdul Rahman bin Sentul -Wakil penduduk Kota Bahagia
.- Tn Haji Yusof bin Said, PJK. -Ketua kampong Lubuk Batu
.- En Salleh bin Musa -Wakil Penduduk Kg Lubuk Batu

Pada 01 Mac 1985 sekolah ini diistiharkan dengan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, PahangTenggara.

No comments:

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...