Monday, January 24, 2011

Fokus j-QAF SKLKB 2011

jawi,QURAN,ARAB & FARDU AIN (j-QAF)

1. Memantapkan Pengurusan Unit j-QAF
2. Meningkatkan Kualiti Pelaksanaan Model dan Aktiviti j-QAF
3. Mempertingkatkan Mutu Rekod/Analisa dan Kualiti Penilaian Model-model j-QAF
4. Memantapkan Profesionalisme Guru-guru Program j-QAF

FOKUS 1: Memantapkan Pengurusan Unit j-QAF

PERANCANGAN/PROGRAM

1.Pengurusan Fail Unit j-QAF yang tersusun, bersistem dan dikemaskini
2.Pengurusan surat-menyurat Unit j-QAF
3.Pengurusan Dokumentasi, Rekod, Analisa dan Laporan Unit j-QAF
4.Pengurusan jadual P&P dan jadual Tasmik
5.Mempersiapkan bilik j-QAF sebagai bilik darjah kondusif dan ceria dengan
mengadakan gotong-royong menceriakan bilik j-QAF mengikut jadual secara berkala.
6.Mengadakan Mesyuarat Unit j-QAF mengikut prosedur dan jadual.
7.Mengadakan Perjumpaan khas dan permuafakatan yang cemerlang secara berkala.
8.Pengurusan stok peralatan Unit j-QAF
9.Pengurusan rekod penggunaan bilik j-QAF, Peralatan j-QAF dan Lawatan lebih teratur 10.Program khas peningkatan akademik Pendidikan Islam, j-QAF dan Bahasa Arab. 11.Membantu pengurusan Panitia Pendidikan Islam dan Panitia B. Arab.
12.Pengurusan PCG dan Peruntukan KBS yang maksima mengikut prosedur
13.Penyediaan anggaran kewangan untuk aktiviti-aktiviti j-QAF dan pembelian
peralatan stok
14.Pengurusan persatuan/kelab di bawah Unit j-QAF
-Kelab Seni Khat dan Tulisan Jawi
-Persatuan Bahasa Arab
15. Pengurusan Data E-Laporan 6 Bulan Unit j-QAF lebih mantap

FOKUS 2: Meningkatkan Kualiti Pelaksanaan Model dan Aktiviti j-QAF

PERANCANGAN/PROGRAM

1. Penambahbaikkan pelaksanaan model-model dan P&P dan Kokurikulum j-QAF:
- Kelas Pemulihan Jawi
- Kelas Khatam Al-Quran
- Kelas Tasmik
- Kelas Bahasa Arab
- Kem Bestari Solat

2. Pelaksanaan Aktiviti Unit j-QAF secara intensif:
- Kem Literasi Al-Quran (KLAQ) untuk murid-murid keciciran iqra’
- Kem Celik Jawi
- Kem Bahasa Arab
- Kem Bina Juara
- Majlis Khatam al-Quran (MKQ)

3. Membaiki Prestasi Pencapaian dalam Acara-acara yang disertai pelajar dalam Majlis Khatam al-Quran (MKQ) Peringkat Daerah/Negeri:

3.1 Pemilihan peserta Majlis Khatam al-Quran:
3.1.1 Tilawah al-Quran (L/P)
3.1.2 Kuiz j-QAF
3.1.3 Kalam Jamai’e (Bahasa Arab)
3.1.4 Dikir Barat (Bahasa Arab)
3.1.5 Peserta Khatam al-Quran

3.2 Mesyuarat penyelarasan MKQ
3.3 Pengurusan peserta pertandingan yang teratur mengikut prosedur.
3.4 Latihan intensif dan persediaan awal.
3.5 Persiapan peralatan dan keperluan pertandingan.
3.6 Persiapan mental dan motivasi berterusan.


FOKUS 3: Mempertingkatkan mutu Rekod/Analisa dan Kualiti Penilaian Model-model j-QAF

PERANCANGAN/PROGRAM

1. Ujian Khas j-QAF:
1.1 Mengadakan ujian saringan/ pengesanan/ diagnos untuk pemilihan murid pemulihan jawi.
1.2 Penilaian khas pencapaian Pemulihan Jawi.
1.3 Mengadakan Ujian dan Analisa jawi 6 bulan
1.4 Mengadakan Ujian dan Analisa al-Quran 6 bulan
1.5 Penilaian Kompetensi Murid dalam KBS

2. Pendokumentasian setiap program dipertingkatkan:
2.1 Rekod dan Analisa Kelas Pemulihan Jawi yang dikemaskini
2.2 Rekod dan Analisa Bacaan Al-Quran yang dikemaskini
2.3 Rekod, Analisa dan Refleksi Tasmik yang dikemaskini.
2.4 Rekod dan Analisa KBS yang dikemaskini
2.5 Rekod dan Analisa PKSR, Ujian dan peperiksaan Bahasa Arab

3. Ujian dan Peperiksaan Sekolah:
3.1 Peningkatan 5 % lulus dalam pencapaian ujian dan peperiksaan
3.2 Peningkatan Gred Kelulusan 5 %
3.3 Analisa ujian dan post-mortem.


FOKUS 4: Memantapkan Profesionalisme Guru-guru Program j-QAF

PERANCANGAN/PROGRAM

Pemantapan profesionalisme Keguruan dan etika kerja penjawat awam.
Memperbanyakkan penganjuran kursus dalaman (In House Training)
Bimbingan Rakan Sejawatan berterusan
Pemantapan pengetahuan dan kemahiran tentang j-QAF
Pemantapan penampilan diri dan sahsiah Guru-guru j-QAF

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...