Sunday, March 20, 2011

Majlis Perpisahan GPK KOKO





Setelah 2 tahun berkhidmat sebagai GPK KOKO di SKLKB,akhirnya Cikgu Azemi Bin Sagir berpindah sekolah juga...Kami di SKLKB mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau atas jasa yang tiada tara nilainya...selamat maju jaya cikgu Mi...

Sunday, January 30, 2011

Banjir di jambatan luar Ldg Kota Bahagia








Beginilah keadaan banjir di jalan luar Ldg Kota Bahagia....Jambatan jalan dalam mesti da tenggelam....

SKLKB 2011




Motto / Cogan Kata Sekolah

ILMU MEMBAWA BAHAGIA

Visi Sekolah

CEMERLANG DALAM KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH DI DAERAH ROMPIN TAHUN 2012

Misi Sekolah

• MENCAPAI 100% MENGUASAI SEMUA MATAPELAJARAN
• MENCAPAI 20% KUALITI 5A
• MEWAKILI DAERAH ROMPIN DALAM
KOKURIKULUM
• MELAHIRKAN MURID YANG BERDISIPLIN DAN BERAKHLAK MULIA

Adakah anda tahu tentang sejarah sekolah?





SEJARAH SEKOLAH

Pada peringkat awalnya, Kota Bahagia yang dikenali sebagai Bandar 14, adalah kawasan hutan yang tidak didiami orang dan hanya terdapat beberapa buah kampong tradisional seperti Kampung Alai, Kampung Meripoh, Kampung Samak dan Kampung Lubuk Batu yang didiami oleh beberapa keluarga sahaja.

Kemudahan asas seperti api, air, jalanraya, sekolah dan sebagainya tidak ada. Kanak-kanak yang hendak bersekolah terpaksa pergi ke Sekolah Kebangsaan Kampung Aur, Bukit Ibam yang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bahagia.

Perbadanan Ladang Tabung Haji membuka ladang kelapa sawit di sini dan membawa masuk ramai pekerja-pekerja dari luar. Oleh kerana anak-anak pekerja ladang memerlukan pendidikan sementara sekolah yang ada jaraknya terlalu jauh, Perbadanan Ladang Tabung Haji telah memohon kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk mendirikan sebuah sekolah di Kota Bahagia, di mana pihak Perbadanan bersetuju menyediakan bilik darjah dan kelengkapan yang lain.

Sekolah ini telah dibuka pada 01 Januari 1975. Pada peringkat awal 2 buah bangunan yang berdinding papan dan beratap zink telah dibina oleh Perbadanan Ladang Tabung Haji. Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Bandar 14. Jumlah pelajar pada waktu itu seramai 40 orang dengan 4 orang tenaga pengajar. Dari setahun ke setahun bilangan pelajarnya telah meningkat dan pada tahun 1978 bilangan pelajarnya telah meningkat kepada 213 orang dengan 10 orang tenaga pengajar.

Pada tahun 1980 Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah membina bangunan baru bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai. Pelajarnya datang dari Ladang Kota Bahagia serta kampong tradisional di sekitar ladang ini iaitu Kampung Merepoh, Kampung Lubok Batu dan Kampung Tenggalong. Pada tahun 1983 bilangan pelajarnya seramai 356 orang, 16 orang guru dan 2 orang pekerja.

Mereka yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini pada peringkat permulaan, terdiri daripada 4 orang jawatankuasa bertindak iaitu:
-. En Mohd Yunus bin Mohd Aris -Pengurus Ladang Kota Bahagia
.- En Abdul Rahman bin Sentul -Wakil penduduk Kota Bahagia
.- Tn Haji Yusof bin Said, PJK. -Ketua kampong Lubuk Batu
.- En Salleh bin Musa -Wakil Penduduk Kg Lubuk Batu

Pada 01 Mac 1985 sekolah ini diistiharkan dengan nama baru iaitu Sekolah Kebangsaan Ladang Kota Bahagia, PahangTenggara.

Thursday, January 27, 2011

Sekolah Kami,Kebanggaan Kami...




Lagu Sekolah

Bersama hasrat yang suci dan mulia
Menjunjung cita negara
Untuk berbakti di hari muka
Berjaya maju berjasa

Degan slogan pegangan kita semua
Ilmu membawa bahagia
Berusaha kita demi untuk negara
Tekun usaha tetap berjaya

Berbagai kaum, berbilang bangsa
Berpayung disatu naungan
Menimba ilmu pelita diri
Di sekolah yang mulia ini

Ke arah prestasi kecemerlangan
Ikrar dan janji kami
Untuk berbakti jasamu dikenang
Majulah maju SKLKB

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...