Showing posts with label kota bahagia. Show all posts
Showing posts with label kota bahagia. Show all posts

Tuesday, March 8, 2016

Lapan Ciri Pemimpin Yang Baik

Lapan ciri pemimpin yang baik yang digariskan menurut perspektif Islam adalah seperti berikut:
1.  Berupaya menjaga agama dan menegakkan syariat Allah
2. Memiliki kekuatan atau kesihatan fizikal, spiritual dan mental untuk
   menanggung kerja dan amanah yang dipikul.
3.  Memiliki sifat taqwa dan berintegriti
4.  Amanah, adil dan tidak berlaku zalim atau mengamalkan diskriminasi
5.  Bertanggungjawab dan tidak sombong terutama kepada pengikutnya
6.  Tegas dan berpegang teguh kpd prinsip adil, amanah dan integriti
7.  Berakhlak dan berbudi pekerti mulia
8.  Menunaikan janji dan tidak berdusta atau berbohong

Tuesday, January 6, 2015

4 CARA KENAL KEAIBAN DIRI




1. Hampirkan diri pada guru atau orang berilmu yang dapat menyingkapkan sifat-sifat buruk yang bersarang dalam hati manusia. Guru akan memberitahu keaiban diri seseorang dan cara-cara mengubatinya.

2. Hendaklah mencari rakan karib yang boleh dipercayai, bijaksana dan lebih pengetahuan agamanya.Teman sebegini akan memerhatikan tingkah laku temannya dan jika terdapat perbuatan yang tidak elok, dia segera mengingatkannya.

3. Hendaklah berlapang dada apabila menerima teguran atau nasihat orang lain yang bersangkutan dengan perlakuan atau sifat aib yang terdapat dalam diri seseorang.

4. Hendaklah sentiasa bergaul dengan orang ramai. Lantaran sebarang perkara tercela yang dilihat pada orang lain akan menimbulkan pertanyaan kepada dirinya - adakah perkara tersebut ada pada diri aku? Sebab orang Mukmin adalah cermin kepada Mukmin yang lain.

Sesungguhnya tabiat dan sifat manusia di alam ini sama sahaja dalam menurut hawa nafsu. Setiap sifat yang ada pada orang lain, tidak mustahil terdapat juga pada diri sendiri. Malah mungkin lebih dahsyat daripada itu. Sebaik-baiknya telitilah diri sendiri dan bersihkan diri daripada mencela orang lain. Ingatlah, tiada cara yang lebih utama untuk mendidik diri selain mengenal keaiban diri terlebih dahulu.

Friday, November 28, 2014

UPSR 2014 : 2 ORANG MURID DAPAT 5A

UPSR 2014

5A : 1.Mohd Zamri Yunus 2.Nur Alia Adilah
4A1B : 1.Muhammad Nasrul Fadhli 2.Nurul Izzatul Amira 3.Nurul Najwa
3A2B : 1.Zamri Malek 2.Tarmizi 3.Aisyah 4.Wafa 5.Nik Norsyuhadah

GPS Sekolah : 1.92
Peratus.        : 92%
Kedudukan Dalam Daerah Rompin : Ke 8

Peratus Lulus Matapelajaran : BM Pemahaman = 100%
                                               BM Penulisan = 100%
                                               Matematik = 100%
                                               B.Inggeris = 100%
                                               Sains = 75%

Tahniah diucapkan semua murid yang berjaya..Yang tidak berjaya usaha lagi di masa Akan datang...

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...