Kementerian Pendidikan, PDRM kerjasama bentuk sahsiah murid
12 Februari 2019 |
SEMENYIH - Program Jom Ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, pihak sekolah khususnya guru dapat memainkan peranan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara disamping berperanan sebagai guru displin.
“Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan.
“Kita perlu memastikan murid-murid gembira ke sekolah sekaligus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya pada perasmian Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, di sini, semalam.
Majlis tersebut merupakan program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan sekolah menyedia dan menggunakan ‘Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah’.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, pihak sekolah khususnya guru dapat memainkan peranan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara disamping berperanan sebagai guru displin.
“Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan.
“Bagi menarik minat murid ke sekolah, pendekatan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa menarik dan berkesan,” katanya.
Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan elemen pembelajaran menyeronokkan dengan konsep sekolah penyayang dan menangani isu keciciran murid.“Kita perlu memastikan murid-murid gembira ke sekolah sekaligus dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya pada perasmian Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia: Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, di sini, semalam.
Majlis tersebut merupakan program kolaborasi antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan sekolah menyedia dan menggunakan ‘Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah’.
“Papan kenyataan ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah, pihak berkepentingan dapat menyalurkan maklumat kepada pihak sekolah berkaitan informasi dan berita tentang kepolisan,” katanya.
Program / Aktiviti : Jom Ke Sekolah dan Perasmian Papan Kenyataan PPS
Tarikh : 18 Februari 2019
Tempat : Tapak Perhimpunan SK Ladang Kota Bahagia
No comments:
Post a Comment