AKHLAK MUSLIM
"Jagalah dirimu dari perkara-perkara yang
haram nescaya anda menjadi manusia yang paling 'abid, dan terimalah dengan
penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan Allah kepada anda nescaya
anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda,
nescaya anda menjadi mu'min yang sebenar, dan cintailah
kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri, nescaya anda menjadi
seorang muslim yang sebenar, dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa
itu akan mematikan hati.
(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu
Hurairah)
Tujuannya :
Dalam hadis ini dibentang kepada kita beberapa
garis panduan akhlak muslim yang kita perlu hayati dan laksanakan dalam
kehidupan agar dapat satu bentuk hidup yang luhur, yang penuh kedamaian dan
kesejahteraan.
1) Menjauhi perkara-perkara yang diharamkan
Untuk mencapai darjat para muttakim, siddiqin,
a'bidin dan solihin, seseorang itu perlu berusaha sedaya upaya menghindari
dirinya dari terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan haram seperti
makanan, minuman, perbuatan, tutur kata, .pendengaran, penglihatan dan
tindakan.
Usaha bagi menghindari perkara-perkara ini
amatlah rumit kerana ia biasanya begitu hebat mempersonakan keinginan dan
kecenderungan hati.
2 Relakan pengurniaan dari Allah
Untuk mencapai ketenteraman jiwa, seseorang
muslim itu haruslah membentuk sifat-sifat qanaah(berpada) sifat tidak tamak dan
haloba dalam memenuhi keperluan hidup apabila ia merasa cukup dan rela serta
bersyukur maka ia merasa dirinya selaku orang yang paling kaya didunia.
3. Hubungan baik dengan jiran
Untuk mencapai ketenteraman sosial setiap
Muslim haruslah menjalankan hubungan yang baik dan mesra dengan jiran tetangga
kerana mereka adalah kelompok manusia yang paling hampir dengan kita selain
ahli keluarga yang lain.
4. Cintakan orang lain
Islam adalah agama kasih sayang dan damai dari
kekusutan hidup. Oleh itu setiap Muslim haruslah menaruh rasa kasih sayang
terhadap orang lain sama dengan perasaan kasih terhadap dirinya sendiri. Apa
yang tidak disukainya berlaku kepada dirinya harus pula tidak disukainya
berlaku pada orang lain.
5. Jangan banyak ketawa
Ketawa pernah disifatkan sebagai "ubat
jiwa". Akan tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila
berlebihan akan membuatkan seseorang itu tidak serius dalam kerja dan
kehidupannya dan membuatkan hati nuraninya mati dalam keseronokan dan
fikirannya tidak tajam dengan banyak ketawa. Barangsiapa banyak ketawa didunia
dia akan menangis di akhirat dan barangsiapa menangis di dunia dia akan ketawa
di akhirat.
No comments:
Post a Comment