Thursday, April 24, 2014
Wednesday, April 23, 2014
Tuesday, April 22, 2014
Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah
Sunat Ab'ad dan Sunat Haiah
Perkara-perkara Sunat Ab'ad adalah seperti berikut:
1) Tahiyyat Awal
2) Bacaan selawat semasa tahiyyat awal
3) Duduk tahiyyat
4) Doa Qunut
5) Bacaan selawat semasa membaca doa Qunut
6) Bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad (S.A.W) semasa bacaan tahiyyat akhir:
Sunat Haiah pula ialah perkara-perkara sunat semasa solat yang jika tertinggal untuk melakukannya, tidak perlu dilakukan sujud sahwi. Perkara-perkara Sunat Haiah ialah:
1) Mengangkat tangan ketika takbir
2)Membaca doa Iftitah
3) Membaca Surah Al-Fatihah dan surah dengan suara yang kuat semasa solat Maghrib, Isyak Jumaat dan solat-solat sunat yang disunatkan menguatkan bacaannya.
4) Membaca Amin selepas surah Al-fatihah
5) Membaca mana-mana surah selepas baca al-Fatihah
6) Membaca takbir ketika ruku' dan bacaan semasa iktidal.
7) Membaca tasbih semasa ruku' dan sujud
8) Duduk Iftirasy semasa duduk antara dua sujud dan tahiyyat awal.
9) Duduk Tawarruk ( iaitu duduk semasa tahiyyat akhir )
10) Memberi salam yang kedua.
Perjanjian Hudaibiyyah
Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian antara kaum Muslimin Madinah dengan kaum musyrikin Mekah. Perjanjian yang ditandatangani di lembah Hudaibiyah, pinggiran Mekah, ini terjadi pada tahun ke-6 setelah Rasulullah hijrah dari Mekah ke Madinah. Pada saat itu rombongan kaum Muslimin yang dipimpin langsung oleh Nabi Muhammad SAW hendak melakukan ibadah haji. Namun mereka dihalang- halangi masuk ke Mekah oleh kaum musyrik Quraisy warga Mekah. Rasulullah pun mengajak mereka bernegosiasi sampai akhirnya kedua belah pihak sepakat untuk mengadakan perjanjian damai.
Inti isi Perjanjian Hudaibiyah adalah sebagai berikut:
1.Gencatan senjata antara Mekah dengan Madinah selama 10 tahun.
2.Warga Mekah yang menyeberang ke Madinah tanpa izin walinya harus dikembalikan ke Mekah.
3.Warga Madinah yang menyeberang ke Mekah tidak boleh kembali ke Madinah.
4.Warga selain Mekah dan Madinah, dibebaskan memilih untuk berpihak ke Mekah atau Madinah.
5.Pada saat itu, Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya harus meninggalkan Mekah, namun diperbolehkan kembali lagi ke Mekah setahun setelah perjanjian itu, dan akan dipersilahkan tinggal selama 3 hari dengan syarat hanya membawa pedang dalam sarungnya (maksudnya membawa pedang hanya untuk berjaga- jaga, bukan digunakan untuk menyerang). Dalam masa 3 hari itu kaum Quraisy (Mekah) akan menyingkir keluar dari Mekah.
Sekilas isi perjanjian tersebut sama sekali tidak menguntungkan bagi kaum Muslimin, dan hanya menguntungkan kaum Quraisy Mekah. Ini bisa kita cermati satu persatu isinya:
1.Gencatan senjata sudah tidak diperlukan oleh kaum Muslimin, karena kaum musyrikin sebenarnya dalam posisi lemah karena sebelumnya kalah telak dalam Perang Ahzab/ Khandaq. Kemauan mereka bernegosiasi juga menunjukkan kelemahan posisi mereka. Kalau kuat, mereka pastilah langsung menyerang kaum Muslimin yang hendak datang ke Mekah.
2.Jika penduduk Mekah tidak boleh menyeberang ke Madinah, jelas jumlah kaum Muslimin tidak akan bertambah, sedangkan kaum Quraisy tidak akan berkurang.
3.Jika penduduk Madinah yang pergi ke Mekah tidak diperbolehkan untuk kembali ke Madinah, tentu warga Madinah akan berkurang.
4.Poin ke-4 ini bisa disebut imbang.
5.Kaum Muslimin yang sudah menempuh perjalanan jauh ke Mekah, namun kini harus pulang tanpa bisa menunaikan haji. Tahun berikutnya pun, mereka hanya boleh tiga hari di Mekah, tentu tak cukup untuk berhaji.
Tak heran bila perjanjian ini sangat mengecewakan sebagian kaum Muslimin. Bahkan Umar bin Khattab sempat memprotes isi perjanjian ini. Ketika Nabi Muhammad SAW memerintahkan umatnya untuk menyembelih hewan kurban yang telah mereka siapkan sebagai tanda berakhirnya ibadah Haji, tidak ada satu pun yang bersegera mematuhinya, mungkin karena bingung atau protes kepada Rasulullah.
Namun lambat laun akhirnya terbukti, ternyata Nabi Muhammad SAW mempunyai visi politik yang sangat hebat, yang orang lain tidak mampu menangkapnya. Demi kerahasiaan strategi, beliau tidak mengungkapkan rahasia di balik perjanjian itu. Setelah kemenangan Islam terjadi, kita bisa mengambil pelajaran, bahwa paling tidak ada dua hal penting yang dihasilkan Perjanjian Hudaibiyah tersebut:
1.Perjanjian ini ditandatangani oleh Suhail bin Amr, sebagai wakil kaum Quraisy. Suku Quraisy adalah suku paling terhormat di daerah Arab, sehingga siapapun akan menghormati apa yang mereka tentukan. Dengan penandatanganan perjanjian ini, maka Madinah diakui sebagai suatu daerah yang mempunyai otoritas sendiri. Jika Suku Quraisy telah mengakui, maka suku- suku lain pun pasti mengakuinya.
2.Dengan perjanjian ini, maka pihak Quraisy (Mekah) memberi kekuasaan kepada Madinah untuk menghukum mereka jika menyalahi perjanjian tersebut. Ternyata sangat hebat konsekuensi dari perjanjian ini. Kaum Muslimin Madinah yang tadinya dianggap bukan apa- apa, sejak perjanjian itu berada dalam posisi bisa menghukum suku yang paling terhormat di Arab. Perlu diketahui bahwa Islam melarang memerangi suatu kaum atau seseorang tanpa orang atau kaum tersebut melakukan kesalahan. Ini bisa dilihat dalam Al Qur’an Surat Al Hajj ayat 39- 40.
Dengan keuntungan yang didapat dari Perjanjian Hudaibiyah itu, Nabi Muhammad berusaha mengukuhkan status Madinah dengan cara mengutus berbagai utusan kepada pemimpin negara- negara tetangga, di antaranya Mesir, Persia, Romawi, Habasyah (Ethiopia), dan lain- lain. Selain itu beliau juga menyebar pendakwah untuk menyebarkan Agama Islam.
Selain itu, adanya jaminan bahwa kaum Quraisy tidak akan memusuhi kaum Muslimin, kaum Muslimin pun bisa dengan leluasa menghukum kaum Yahudi Khaibar yang telah mendalangi penyerangan terhadap kaum Muslimin Madinah dalam Perang Ahzab/ Khandaq. Ini yang beliau lakukan sehingga kaum Yahudi pun di kemudian hari tidak berani lagi mengganggu Madinah.
Selain itu, Nabi Muhammad SAW tahu betul karakter orang- orang Mekah. Beliau yakin bahwa mereka akan melanggar perjanjian itu sebelum masa berlakunya selesai. Dan hal itu memang terjadi, sehingga Rasulullah memiliki landasan hukum untuk melakukan penaklukan kota Mekah. Penaklukan Mekah terjadi damai tanpa pertumpahan darah karena kaum musyrikin sudah tidak berdaya lagi.
Friday, April 18, 2014
Bengkel Aplikasi Online & Offline
Masa : 1.15 ptg - 4.15 ptg
Tempat : Makmal Komputer
Alhamdulillah selesai sudah Bengkel Aplikasi Online & Offline (PBS,EMIS,SMM,APDM,E-PANGKAT,VLE FROG dan lain-lain...Semoga guru-guru beroleh manfaat daripada apa yang disampaikan oleh penceramah.
Thursday, April 17, 2014
Tuesday, April 15, 2014
Tak Peduli Bau Busuk Selamat Budak
Johor Bahru: Tanpa menghiraukan bau meloyakan dan sisa kotor, dua lelaki nekad terjun ke dalam loji kumbahan demi menyelamatkan enam kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah van yang menggelungsur ke dalam kolam itu di Taman Universiti, semalam.
Usaha mereka berjaya menyelamatkan lima mangsa, namun seorang lagi, Muhammad Azri Aqif Azhar, 4, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Taman Universiti, dipercayai kerana lemas akibat kejadian jam 12.15 tengah hari itu.
Lima mangsa yang terselamat, Nur Aima Abd Razak, Sakinah Roslan, Muhammad Hadif Syauqi Samsol Akamal, semua berusia lima tahun serta Danial Aiman Hakimi Md Gefri, 6, dan Daniel Asyraf Abdullah, 4, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).
Seorang penduduk yang terjun ke dalam kolam berkenaan, Mohd Hanafi Jaafar, 46, berkata kejadian berlaku dengan pantas menyebabkan semua kanak-kanak terbabit tidak sempat menjerit meminta tolong.
Van mengundur
“Saya sempat melihat kejadian itu lalu bersama rakan, Muhammad Nor Said, 31, bergegas ke kolam dan spontan terjun ke dalamnya untuk menyelamatkan mereka. Tidak terlintas langsung ketika itu soal bau busuk atau air kumbahan yang kotor,” katanya.
Ketika kejadian, Hanafi berkata, beliau sedang memangku seorang anak jirannya berhampiran van berkenaan yang diletakkan di situ oleh pemandunya “Tiba-tiba van itu mengundur. Walaupun saya cuba menahannya, ia tetap bergerak dengan laju sebelum merempuh pagar loji dan terus terhumban ke dalam kolam kumbahan. Saya dan seorang jiran kemudian terus berlari ke arah loji itu, nekad terjun bagi menyelamatkan kanak-kanak dalam van berkenaan.
“Mulanya kami berjaya mengeluarkan lima kanak-kanak sebelum seorang pembantu TADIKA menjerit memberitahu ada seorang lagi masih terperangkap dalam van menyebabkan saya menyelam semula. Saya berjaya membawa naik kanak-kanak terakhir dalam van itu dan ketika itu mangsa masih bernyawa.
Bantuan pernafasan
“Pihak bomba yang tiba di lokasi tidak lama kemudian terus memberi bantuan pernafasan kepada semua mangsa sebelum mereka dibawa ke Klinik Kesihatan Taman Universiti,” katanya.
Hanafi berkata, kolam kumbahan berkenaan dianggarkan sedalam lebih satu meter dan ketika tenggelam, van berkenaan dalam keadaan senget dengan hanya pintu di sebelah pemandu dapat dibuka.
Sementara itu, Muhammad Nor berkata, ada kanak-kanak yang sempat keluar menerusi tingkap van itu sebelum dibawa naik ke tebing kolam terbabit.
“Kami ambil masa lima minit untuk menyelamatkan semua kanak-kanak dalam van itu. Keadaan dasar kolam yang agak licin menyukarkan pergerakan, namun saya nekad menyelamatkan mereka,” katanya.
KEJOHANAN MERENTAS DESA SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...
-
Ustaz Mahmud sebagai Salesman &Ustaz Zuhairi sebagai Tukang Mesin Rumput ...