Tuesday, January 22, 2013

Persiapan Sambutan Maulidul Rasul 1434H





Gotong royong menyiapakan sepanduk Maulidul Rasul 1434H....

Gadis 24 tahun bungkus dan campak bayi luar nikah




Kesiannye.......Al Fatihah...

KUANTAN – Seorang gadis bertindak kejam apabila nekad membungkus dan mencampakkan bayi luar nikah yang dilahirkannya ke tong sampah, di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), kira-kira jam 12.30 tengah malam, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Aziz Salleh berkata, gadis berusia 24 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan dipercayai bekerja di sebuah pasar raya di Temerloh.

“Dia dibawa ke HOSHAS oleh rakannya selepas mengadu sakit perut.

“Ketika sedang mendapatkan rawatan gadis itu bergegas ke tandas berhampiran dan terkejut ketika sedang membuang air besar melihat bayi perempuan yang dikatakan cukup sifat terjatuh dalam mangkuk tandas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Aziz berkata, dipercayai selepas melihat keadaan bayi perempuan itu sudah tidak bernyawa, gadis terbabit mengambil plastik dalam tong sampah sebelum membungkus mayat bayinya dan membuang dalam tong sampah.

Katanya, gadis terbabit kemudian berlagak selamba ketika berjalan keluar dari tandas berkenaan sebelum dipanggil oleh doktor yang bertugas untuk menjalani pemeriksaan.

“Doktor terbabit terkejut selepas mendapati perut gadis berkenaan kempis sebelum memanggil seorang jururawat dan meminta menjalankan pemeriksaan di dalam tandas yang dikunjungi gadis itu.

“Hasil pemeriksaan, jururawat terbabit menemui beberapa titik darah berhampiran tong sampah sebelum membuka tong itu lalu melihat plastik dipenuhi darah bersama mayat bayi berkenaan,” katanya.

Katanya, selepas dimaklumkan penemuan mayat bayi perempuan itu, doktor terbabit menghubungi Balai Polis Temerloh dan polis menahan gadis berkenaan.

Siasatan awal mendapati, bayi perempuan itu berusia enam bulan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam kandungan namun punca kematian masih dalam siasatan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. – Bernama

Cikgu goncang seluruh badan

Johor Bahru: Hanya kerana tidak pandai berbahasa Inggeris, seorang murid lelaki berusia tujuh tahun dikasari dengan dipercayai digoncang seluruh badan selain ditolak ke dinding oleh seorang guru lelaki, hingga jatuh telentang dalam kejadian di kelasnya di sebuah sekolah rendah, di sini, Isnin minggu lalu (14 Januari 2013).

Dalam kejadian jam 2 petang itu, bapa mangsa yang kebetulan masih berada di sekolah melihat sendiri kejadian berkenaan sebelum menarik anaknya pulang ke rumah.

Bapa kanak-kanak itu Noriswan Samad, 30, berkata, pada hari kejadian dia dan isterinya, Nurul Akma Abu Bakar, 25, menghantar anak sulung mereka, Muhammad Nur Haikal, ke sekolah terbabit kira-kira jam 1 tengah hari.

“Pada Jumaat (11 Januari) sebelum kejadian, Muhammad Nur Haikal menangis dan mengadu tidak mahu ke sekolah kerana takut didenda guru berikutan tidak boleh bertutur bahasa Inggeris untuk ke tandas selain meminta isteri saya mengajarnya.

“Pada hari kejadian saya berasa tidak sedap hati dan berpatah semula ke kelas untuk melihat anak, namun tergamam melihat anak saya digoncang seluruh badan beberapa kali, ditolak di kerusi dan dinding hingga jatuh telentang serta diherdik guru itu ‘masukan baju kau dalam seluar bodoh!

’.

NORISWAN dan Nurul Akma menunjukan laporan polis dan doktor mengenai anak mereka, Muhammad Nur Haikal yang didakwa dikasari seorang gurunya, Isnin lalu.

Takwim Persekolahan 2013



Takwim persekolahan 2013...Semoga bermanfaat untuk dijadikan panduan.....

Monday, January 21, 2013

Menjelang Sambutan Maulidul Rasul 1434h


Bayangkan apabila Rasulullah salallhu'laihiwassalm dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita..Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita.Apa yang kita lakukan?Mestinya kita sangat berbahagia, memeluk baginda erat-erat dan lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu kita. Baginda tentu tersenyum..

Tapi barangkali kita minta pula Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringat video CD rated 18xxx ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.Baginda tentu tetap tersenyum..Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu. Baginda tentu tersenyum..

Bagaimana bila kemudian Rasullulah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita teringat bahawa anak kita lebih hafal lagu- lagu barat daripada menghafa selawat kepada Rasulullah salallhu'laihiwassalm.Barangkali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.Baginda tentu tersenyum...

Barangkali kita menjadi malu bahawa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepala mengenai kumpulan ROCK atau artis pujaan mereka.Barangkali kita terpaksa menukar kamar mandi menjadi ruang solat.Barangkali kita teringat perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah s.a.w.Baginda tentu tersenyum..

Barangkali kita jadi malu apabila diketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid meskipun azan berbunyi.Baginda tentu tersenyum...Barangkali kita menjadi malu kerana saat Maghrib keluarga kita masih lagi sibuk di depan TV.Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak membaca Al-Quran.Barangkali kita menjadi malu kerana kita lebih mengejar kesenangan duniawi.Barangkali kita menjadi malu bahawa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita.Baginda tentu tersenyum..

Bayangkan Baginda bertanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari menyapu di depan rumah kita.Barangkali kita menjadi malu apabila Rasulullah bertanyakan tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.Betapa senyum baginda masih ada disitu.

Bayangkan apabila Rasulullah s.a.w tiba-tiba muncul di depan rumah kita..Apa yang kita lakukan?Masihkkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau dengan berat hati, kita akan menolak Baginda berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu..Maafkan kami ya Rasulullah...Masihkah baginda tersenyum?senyum pilu..senyum sedih..dan senyum getir..Oh..Betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah..

Tengkuk terkehel disepak abang

Chukai: Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah di daerah ini terkehel tengkuk apabila disepak abang kandungnya dalam kejadian di Kampung Bukit Kuang, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian pada jam 5.30 petang itu, mangsa berusia 15 tahun dikatakan enggan mengikut arahan abangnya yang meminta beliau menukar siaran televisyen ketika mereka bersama dua beradik lain menonton di ruang tamu.
Tidak puas hati dengan adik perempuannya yang enggan menukar siaran televisyen, suspek yang berusia 21 tahun dan dipercayai penagih dadah membelasah mangsa sehingga cedera di tengkuk.


Tindakan tidak berperikemanusiaan suspek itu menyebabkan mangsa dikejarkan ke hospital apabila tulang tengkuknya dikatakan terkehel.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata sebelum kejadian, dua beradik terbabit dikatakan berada di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen pada jam 5.30 petang.

Dua beradik terbabit dikatakan bertengkar berebut siaran televisyen.
Suspek naik angin apabila mangsa enggan menukar siaran televisyen, sebelum menyepak lehernya.
Tindakan suspek menyebabkan mangsa cedera pada tulang tengkuk dan dirawat di Hospital Kemaman (HK), katanya.

Beliau berkata, dua adik beradik lain yang berada di tempat kejadian hanya mampu melihat perbuatan abang mereka dan tidak berani masuk campur kerana bimbang dibelasah suspek.

Katanya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai, pada jam 10.54 malam hari sama dengan ditemani keluarga sebelum dirujuk ke HK untuk rawatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Suspek ditahan di rumah keluarganya dua hari selepas kejadian dan dituduh di Mahkamah Majistret Kemaman, pagi semalam, katanya.

Thursday, January 17, 2013

Ayat al-Quran di Harvard

Terjemahan Surah An-Nisa ayat 135 yang diletakkan di pintu masuk fakulti undang-undang Universiti Harvard.

Massachusetss: Universiti Harvard meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya, menyifatkan ayat itu sebagai antara ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah, lapor akhbar Arab Saudi baru-baru ini.

Ayat 135 Surah An-Nisa diletakkan pada dinding berdepan dengan pintu masuk utama fakulti itu, khusus untuk frasa terbaik mengenai keadilan.
Seorang penuntut Arab Saudi yang belajar di universiti berkenaan menyiarkan gambar poster itu dalam akaun Twitternya, menurut akhbar Ajel

Ungkapan hebat

“Saya nampak ayat berkenaan diletakkan oleh fakulti undang-undang, yang menyifatkan ia sebagai ungkapan paling hebat bagi keadilan dalam sejarah,” kata Abdullah Jumma.

Universiti Harvard dibina di Cambridge pada 1636 sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat. - Agensi





Wednesday, January 16, 2013

2013 / 1434





Selamat Menyambut Tahun Baru 2013...Semoga warga SKLKB semakin cemerlang pada tahun 2013................

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...