Thursday, October 11, 2012

Boleh saya berzina dengan anak Pak Cik?

Kisah menarik seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan

“Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”

Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak galakkan.
Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat!

Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.

Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”

“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.” :)

Wednesday, September 12, 2012

UPSR 2012



Kecemerlangan Anda Adalah Impian Kami....Semoga Murid2 Tahun 6 SKLKB berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Peperiksaan UPSR 2012.....Amin........

Sunday, July 22, 2012

Kisah 3 Pilot....

Kisah 3 pilot.

Kisah 3 Pilot yang ditangkap oleh Suku Dayak Kanibal, ke-3 pilot yg takut trsebut mmohon agar x dibunuh. Maka ketua suku kaum itu pn brkata, ‘Klau kowg sume nk hidup, kowg kena msuk hutan & bawa 10 buah yg sama jenisnya. Tapi kowg hanya ada masa 3 jam saja!’

Sblm 3 jam, pilot yg 1 pun akhirnya dtg bawa 10 epal.
Ketua Suku : "Ok, kamu dh bawa 10 bj epal. Skrg msukkan semua epal tu ke dlm lubang dubur kamu satu persatu. Klau kamu mrintih atau brsuara, kamu akan saya potong2!"

Dgn penuh prjuangan & ketahanan akhirnya epal prtama dpt di msukkan. Tp utk epal yg ke 2 dia xdpt mnahan sakit & terus mnjerit. Dgn kejam ketua suku td terus memenggal kepala si pilot. Maka naiklah pilot td ke syurga.

Pilot ke-2 plak dtg bawa 10 bj anggur. Dan ketua suku td terus bg arahan yg sama. 1 anggur msuk, 2 anggur, 3 anggur, tp pada saat dia nk masukkan anggur yg ke 10, ketua suku td tiba2 memotong kepala pilot ke-2.

Naik la pilot ke-2 td ke syurga & brjmpa dgn pilot-1 td.
Pilot2 : Wah, kau pn mati jgk?
Pilot1 : Ye la, aku bwk epal. Xtahan sakit! Sial tul ketua suku tu, syaratnya susah sgt! Hbs kau bwk buah apa?
Pilot2 : Anggur
Pilot1 : Anggur?? Tu kan senang! Kck je, xsakit pon!
Pilot2 : Mmg betul. Sume anggur aku hmpir masuk ke dlm lubang dubur. Tapi tiba2 aku ketawa & hbs sume anggur yg aku msuk td keluar blik…..
Pilot1 : Bodoh kau! Knpe ketawa?
Pilot2 : Habis, ms aku nk msukkan anggur yg ke 10, aku nmpk pilot ke-3 bawa durian...giler tu!!! Hahahahha!!~

Selamat Berpuasa...




Bulan Ramadhan adalah bulan mulia dan di dalamnya terdapat pelbagai keberkatan. Dalam bulan ini juga banyak melatih kita supaya menjadi umat Islam yang bersyukur serta dapat mengingatkan kita kepada mereka yang dhaif dan miskin.

Dalam bulan puasa ini, selain berpuasa dan meneruskan amalan-amalan wajib seperti solat, kita tidak harus lupa memperbanyakkan selawat dan salam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita juga digalakkan untuk bersedekah dan tidak lupa memperbanyakkan membaca al-Quran. Jangan lupa solat terawih ye =)

Warga SKLKB seperti biasa marilah kita sama2 melaksanakan Program Ihya Ramadhan bermula dengan Tadarus Al-Quran......

Wednesday, May 16, 2012

Kisah Benar Seorang Guru


Paparkan kali ini ialah kisah benar seorang guru yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Beliau menyaksikan sendiri kesusahan sebuah keluarga. Bacalah…..

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah.

Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat.

Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah.

Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya.

Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”

Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita-cerita begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara-perkara berikut :

i. Solat sunat

ii. puasa sunat

iii. berzikir

iv. bersedekah

v. mengusap rambut anak yatim

vi. mendengar cerita-cerita kesusahan orang lain

vii. membantu orang susah

Wassalam

Sumber Weblog Tulahan

Dia Seorang Guru Tua


Selamat Hari Guru Diucapkan kepada semua....

Dia Seorang Guru Tua

Dia Seorang Guru Tua
Dia seorang guru tua sebuah sekolah
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganjaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.


Ismail Haji Adnan
1989

Tuesday, April 17, 2012

Minggu Antidadah SKLKB 2012





Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris, perkataan drug bermaksud ubat-ubatan. Walaubagaimana pun, untuk memberi takrifan penyalahgunaan kepada drug, perkataan use, misuse atau abuse perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan drug. Contohnya drug abuse atau misuse of drug yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Saya Benci Dadah....

Thursday, March 8, 2012

Kerajaan naikkan kadar COLA kepada RM250, RM150

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan kepada RM250 dan RM150 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan itu pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.

SBPA Dibatalkan, SSM Ditambahbaikan

Pengumuman Dato' Seri Najib..

13% PNP+PELAKSANA 1-54
9% Utama c b a
8% turus 3 2
7% untuk 1 dan KSN

PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini. - UTUSAN



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.

Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.

"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.

"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.

2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.

3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.

4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Tuesday, February 28, 2012

Peperiksaan PKSR 1 Tahun3-6





Semoga semua murid tahun 3-6 dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang..MAN JADDA WAJADA....

Monday, February 20, 2012

Selamat Bersara Cikgu Ibrahim,Selamat Berpisah Cikgu Rahimi

Salam semua...

Bulan Februari ini 2 guru yang banyak berjasa pada SK Ldg Kota Bahagia telah meninggalkan sekolah....GPK HEM Cikgu Ibrahim telah bersara manakala Guru Besar Cikgu Rahimi telah bertukar ke SK Jengka 3...Semoga kedua-dua mereka maju dan berjaya di masa akan datang....





Wednesday, February 8, 2012

Kepala budak pecah dilanggar bapa



Kereta bapa yang terlanggar anaknya sendiri

Mangsa maut ekori kenderaan tanpa disedari pemandu sedang mengundur

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas digilis kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundur di rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang, Nurfazliyana Jais, dipercayai mengekori bapanya yang hendak ke kebun melihat tanaman.
Bapanya, Jais Selamad, 45, tanpa menyedari perkara itu terus menghidupkan kenderaan untuk berundur tetapi berasa seperti melanggar sesuatu lalu keluar untuk melihatnya.

Beliau terkejut apabila mendapati anak bongsunya terbaring berlumuran darah di kepala dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

Sebelum kejadian, Jais bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, dan empat anaknya termasuk Nurfazliyana menikmati bubur di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilis tayar pacuan empat roda berkenaan.
Katanya, polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jais yang dihubungi masih dalam kesedihan kerana kehilangan anak bongsu kesayangannya.

Walaupun reda dengan kejadian itu, dia tetap sedih kerana kejadian itu amat memilukan.

“Saya tidak akan dapat memaafkan diri saya dengan kejadian ini.

“Kami sekeluarga sedang menikmati bubur yang saya beli di sebuah restoran makanan segera di bandar Jerantut.

“Seketika kemudian, saya menyatakan hasrat pergi melihat tanaman di kebun tanpa menyedari arwah berada di belakang kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dusun, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Wednesday, January 18, 2012

Page Facebook SK Ldg KB dilancarkan...



Alhamdulillah pada hari semalam 17/1/2012 saya telah berjaya membina page untuk warga SKLKB dan pada hari ini rakan page tersebut telah mencapai jumlah 60..Terima kasih kepada semua warga SKLKB....SKLKB terus maju.....

Friday, January 13, 2012

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012




Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua..Semoga SKLKB mendapat kecemerlangan pada tahun ini Insyaallah...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SKLKB 2011






Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan SKLKB 2011 dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohamad Sahfri Bin Ab Aziz (ADUN IBAM & EXCO Kerajaan Negeri Pahang)

KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...