Sunday, September 19, 2010

Semoga Berjaya UPSR 2010



Semoga berjaya diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK. Ldg Kota Bahagia yang bakal menghadapi UPSR 21-24 September 2010...

Thursday, September 16, 2010

16 SEPTEMBER















Hari Malaysia
disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapurabagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tuesday, September 14, 2010

Ramadhan 2010

Alhamdulillah semua program yang dirancang
diadakan pada bulan Ramadhan 1431 h telah
berjaya dilaksanakan dengan jayanya.....







KEJOHANAN MERENTAS DESA  SK LADANG KOTA BAHAGIA 2022 Tarikh : 03.06.2022 Hari : Jumaat Tempat : SK Ladang Kota Bahagia Masa : 08:00-10:00 pa...